BAB 7- Pengurusan Bilik Darjah
· Pengurusan bilik darjah masa ini
adalah kompleks kerana melibatkan aspek pengurusan serta pengajaran dalam satu
masa yang sama. Di sekeliling guru adalah masyarakat yang sentiasa melihat
pekembangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, melalui anak-anak mereka.
Sehubungan dengan itu, bilik darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan
kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif serta
guru boleh dinobatkan sebagai pendidik berketerampilan cemerlang.
· Pengurusan bilik darjah bermaksud
bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan
bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku.
·
Ini adalah pakatan di antara guru dan
pelajar untuk mengurus segala aspek terdapat dalam bilik darjah yang melibatkan
pengurusan pelajar, kemudahan fizikal serta aktiviti yang dilaksanakan agar
satu alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat
diwujudkan (Mok Soon Sang, 2011).
· Pengurusan bilik darjah merupakan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk membina
serta memupuk tingkah laku pelajar dalam bilik darjah agar proses pengajaran
dapat dilaksanakan dengan lancar, manakala aktiviti penyampaian ilmu bertujuan
pelajar dapat mencapai objektif spesifik sesuatu pembelajaran.
Pada era sekarang, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada
tahun 2014.Bukan sahaja tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah
tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan murid bukan berpusatkan guru. Menurut
Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau
‘musuh’ dalam pembelajaran.
Ciri-ciri bilik darjah yang
baik ialah :
1.
Guru adalah fasilitator kepada
pembelajaran murid dan pencipta kepada persekitaran bilik darjah yang produktif.
2.
Kolaborasi kurikulum berasaskan
projek digunakan di dalam kelas.
3.
Dapat membangunkan kemahiran berfikir
aras tinggi dapat kemahiran komunikasi yang berkesan
Susunan meja bilik darjah yang dapat saya huraikan :
1.)
2)
Sudut objektif
1)
pameran hasil
kerja murid
2)alat bantu mengajar
3)traffik light card
Untuk
mengetahui tahap pemahaman murid
§
Merah
– murid yang tidak faham
§
Kuning
– murid yang tidak pasti
§
Hijau
– murid yang faham
Bagaimanakah set induksi
digunakan oleh guru di dalam bilik darjah?
• Set
induksi – Set bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang idea,
pendekatan, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian pelajar
supaya bersedia menghadapi pelajaran.
-
Tujuannya adalah untuk membina aliran
fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka akan menumpukan
perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan dan tidak
digunakan untuk setiap kali pengajaran hanya topik-topik tertentu sahaja yang
menggunakan set induksi ini.
Sebagai contoh: Bagi tajuk jirim
dalam mata pelajaran Sains guru akan memberi satu kumpulan satu belon dan
menyuruh mereka meniup belon tersebut. Selepas itu, guru akan bertanya kepada
mereka apa yang masuk dalam belon tersebut dan bagaimana belon itu boleh
mengembang? Murid akan cuba memberi jawapan mereka dan guru akan memberi
jawapan yang betul dan mengaitkan dengan apa yang hendak dipelajari pada hari
tersebut. Dengan itu, murid dapat melihat dan memahami dengan lebih jelas apa
diajar oleh guru dan menarik minat murid untuk fokus topik tersebut.
PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH
Strategi menangani masalah di dalam bilik darjah
• Strategi menangani masalah tingkah
laku disiplin pelajar yang berkesan ialah bersikap tegas dengan pelajar.
• Ketegasan bermaksud guru perlu bijak
memperjelaskan ekspektasinya kepada pelajar.
• Guru perlu tegas dengan
memperjelaskan prosedur dan peraturan di bilik darjah serta ekpektasi yang guru
harapkan daripada pelajarnya sebagai isyarat kepada pelajar supaya bertingkah
laku seperti yang dikehendaki dan tidak memberi peluang kepada mereka untuk
melampaui garis paraturan yang telah ditetapkan.
• Strategi ini mungkin lebih sesuai
digunakan bagi para pelajar yang tingkah laku mereka sukar dikawal ataupun
mereka kurang mendapat perhatian dan layanan kasih sayang di rumah.
Kesimpulannya
- Kesimpulannya, pengurusan bilik
darjah seharusnya menjadi aspek yang penting dalam usaha ke arah sistem
pendidikan yang terbaik selaras dengan pembelajaran abad ke-21 yang telah
dilaksanakan sejak tahun 2014 lagi. Usaha yang dilakukan oleh pihak
kerajaan melalui pendidikan abad ke-21 telah menampakkan sistem pendidikan
yang bertaraf dunia dan memberi impak yang besar kepada sistem pendidikan
di Malaysia. Pengurusan bilik darjah yang dikatakan juga menjadi salah
satu faktor kecemerlangan pelajar.
- Hal ini telah dibuktikan
melalui kajian yang telah kami lakukan iaitu:
- Pengurusan bilik darjah yang
baik dari segi persekitaran bilik darjah yang bersih, kemas serta ceria
menaikkan lagi semangat para pelajar untuk belajar dan membuatkan mereka
lebih selesa untuk belajar di dalam persekitaran yang ceria. Mengikut
pendidikan abad ke-21 yang berpusatkan pelajar maka seharusnya keperluan
dan kepentingan pelajar harus dijaga dan diutamakan.
- Melalui dapatan kajian yang telah
dikemukakan, persekitaran fizikal bilik darjah penting kerana persekitaran
yang kondusif boleh menggalakkan pembelajaran pelajar.
Comments
Post a Comment