BAB 2- Pengurusan

Pada pembentangan minggu ini, sahabat saya berkongsi tentang pengurusan dan pembelajaran. Pembelajaran itu sendiri adalah suatu proses yang unik dan subjektif yang menghasilkan fahaman, penghayatan dan kemampuan bertindak secara bebas Pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan. Selain itu, Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara kekal. Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkah laku yang boleh diperlihatkan. 

Pengurusan pulak ialah Proses di mana perancangan, pengawalan dan kepimpinan dalam suatu keadaan atau situasi dapat menimbulkan perubahan tingkah laku dalam diri seseorang melalui pencapaian. Selain itu, persediaan yang perlu dilakukan oleh guru dan pelajar sebelum suatu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas.
Pengurusan dan pembelajaran juga menerangkan tentang peranan guru. Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.

Ini merupakan konsep pengurusan dan pembelajaran :



Dalam konsep mengawal seperti :
Dalam konsep rancangan pula ialah :
Dari segi pengalaman pula ialah :
·         Kaitankan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada pelajar.
·         Ulang pelajaran yang lepas , sesi soal jawap.
·         Penting dalam membantu pelajar memahami sesi pembelajaran yang dijalankan.

Dari segi mengarah :
o   Mengarah pelajar supaya menumpukan perhatian kepada pengajaran.
o   Mengarah pelajar untuk menjawap soalan yang diutarakan.
o   Mengarah pelajar menguruskan tugasan harian bilik darjah.
o   Mengarah pelajar untuk mematuhi displin yang telah ditetapkan.

Pengurusan bilik darjah terbahagi kepada 2 faktor iaitu :
1.Faktor fizikal :
Bilik darjah yang menarik adalah kondusif untuk pembelajaran. Selain itu, Susunan peralatan dan kemudahan dalam bilik darjah seperti kerusi-meja, buku rujukan, pusat pembelajaran, bakul sampah, papan tulis dan lain-lain. Seterusnya, Saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaan kepada murid-murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan.
2. Faktor psikososial
merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya.
ciri-ciri seperti berikut:
§  Suasana selesa dan mesra.
§  Bebas daripada ancaman dan  bahaya fizikal
§  Perasaan diterima
§  Sensitif dan peka kepada perbezaan individu.
§  Suasana yang merangsang pembelajaran
§  Antara kaedah pengurusan dan pembelajaran pelajar :
§  Persekitaran pembelajaran yang menarik minat dan pencapaian pelajar
§  Penglibatan pelajar dalam aktiviti luar dan kemasyarakatan









Comments

Popular Posts