BAB 1-PENGURUSAN PEMBELAJARAN


Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang pengurusan pembelajaran yang dibentangkan oleh sahabat saya dari kumpulan 1. kita sebagai bakal guru haruslah mengetahui pengurusan-pengurusan yang berada di sekolah dan pembelajaran. Ini menunjukkan pengurusan pembelajaran di sekolah ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan dan merupakan mendapat kerjasama daripada kakitangan dalam melaksanakan sesuatu program. Ini menunjukkan hasil kajian ini mendapati bahawa guru-guru di sekolah merancang rancangan pengajaran mereka berpandukan Dokumen  Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dalam setiap usaha untuk menjayakan sesuatu perkara mesti terdapat cabaran yang akan dilalui. Antara cabaran yang dilalui dalam system pendidikan ialah
v  wujudnya jurang ekonomi
v  kekurangan kos pembiayaan pendidikan
v  kekurangan kebajikan untuk guru
v  bimbingan ibu bapa yang tidak mementingkan pendidikan

Antara kesimpulan yang dapat saya simpulkan ialah Pendidikan penting dalam membantu negara menjadi sebuah negara membangun. Selain itu, Sistem pendidikan yang baik adalah sistem yang mudah diakses dan tidak membebankan pelajar. Akhirnya Sistem pendidikan Malaysia adalah penting untuk menangani beberapa masalah yang dijangka di masa hadapan dan bertindak sebagai platform pembangunan modal insan dalam memberi sumbangan kepada politik, sosial dan ekonomi negara.

Comments

Popular Posts