NOTA KULIAH 4 (SINOPSIS)
Nota Kuliah 4
Pengurusan Murid
Cara Meningkatkan keyakinan murid
Peranan guru dalam meningkatkan motivasi kepada murid
Terminologi motivasi bukanlah acapkali dikaitkan dengan
bidang kemanusiaan. Menurut (Ainon, 2004), motivasi dilihat sebagai
kuasa dorongan yang datang daripada dalam diri seseorang dan juga dorongan yang
dipergunakan ke atas individu-individu lain supaya meningkatkan daya usahanya.
Tambahan itu, motivasi juga mempunyai hubungan dengan segala tingkah laku atau
tindakan yang baik yang mana ianya mampu mempengaruhi perlakuan atau prestasi
kerja seseorang.
Motivasi seseorang guru sering dikaitkan dengan sikap guru
terhadap kerjayanya. Ia juga dilihat sebagai kesungguhan ataupun keinginan guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam lingkungan persekitaran sekolah.
Disamping penglibatan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi
yang biasanya dikaitkan dengan guru turut merangkumi kepekaan guru dalam
mengawal disiplin pelajar di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.
Lantas, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa motivasi guru memberi kesan
yang mendalam terhadap aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dijalankan dalam
sesebuah sekolah. Malahan, guru juga dilihat sebagai agen motivasi yang utama
dalam menggerakkan para pelajar untuk memajukan diri mereka.
Profesion perguruan adalah berpaksikan kepada falsafah dan
objektif pendidikan negara dimana guru merupakan individu yang bertanggungjawab
untuk menterjemahkan segala perkataan yang telah termaktub di dalam falsafah
dan objektif pendidikan tersebut melalui perkongsian ilmu pengetahuan dan
kemahiran kepada para pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif
sangat bergantung kepada motivasi seseorang guru tersebut. Manakala motivasi
guru tesebut pula dipengaruhi oleh beberapa keadaan. Salah satu daripadanya
adalah suasana bilik darjah. Ofoegbu (2004) menyatakan bahawa, jika suasana
kelas di mana guru mengajar dalam keadaan
selamat, sihat, ceria dan mempunyai bahan sumber dan
kemudahan pengajaran yang menyokong proses pengajaran dan pembelajaran yang
optima, guru itu akan cenderung untuk terlibat sama dengan
pengurusan dan pentadbiran penambahbaikan keseluruhan
sekolah. Tambahan beliau lagi motivasi guru juga dipengaruhi
oleh gaji, elaun, kemudahan teknologi untuk pengurusan kelas dan
penambahbaikan sekolah.
Comments
Post a Comment